Monday

Pertandingan Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA)





IMPACT 2014 akan diadakan pada 23 – 25 Mei 2014 di Universiti Sains Malaysia dengan tema “Evolusi & Tranfsormasi Komunikasi”.

Sempena program ini berlangsung, Pertandingan Pesanan Khidmat Masyarakat telah diadakan. Penyertaann dari pelajar IPTA/IPTS adalah dialu-dlukan. 

Syarat penyertaan : 

1. Terbuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS di Malaysia.
2. Jangka masa PSA : Kategori TV 45 saat dan Kategori Radio 30 saat.
3. Boleh dihantar secara individu atau kumpulan.
4. Boleh menghantar lebih daripada satu karya dan penyertaan adalah percuma.
5. Bagi kategori TV, sarikata (subtitle) perlu disertakan sekiranya terdapat penggunaan bahasa selain daripada Bahasa Malaysia.
6. Peserta digalakkan menggunakan skor muzik asal. Sekiranya mengguna pakai skor muzik yang sedia ada di pasaran/ hak orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak-pihak yang berkenaan.
7. Hasil karya mestilah asli, tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan dan belum pernah disiarkan oleh mana-mana penerbitan.
8. Salinan DVD perlu dihantar untuk setiap penyertaan beserta tajuk dan skrip.
9. Karya yang dihantar akan menjadi hak milik penganjur.
10. Setiap penyertaan perlu disertakan dengan maklumat seperti nama penuh setiap ahli kumpulan, no kad pengenalan, no telefon, email, dan nama pusat pengajian/sekolah.
11. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.


Untuk maklumat lanjut :


Suria FM: http://www.suriafm.com.my/contest-promotions/impact-2014/
Red FM: http://www.red.fm/contest-promotions/impact-2014
Capital FM: http://www.capitalfm.com.my/contest-promotions/impact-2014/ 
988 FM: http://www.988.com.my/contest-promotions/20570/



FB : https://www.facebook.com/Impact2014.USM
Email : impact2014@outlook.my

Telefon : 012-5332809 - Rosamira Ahmad Razali

No comments:

Post a Comment