Thursday

IMPACT2014





IMPACT (Immersion, Appreciation and Tribute Project) adalah projek tahunan Pusat Pengajian Komunikasi bagi mengetengahkan hasil kerja para pelajar daripada ketiga-tiga pengkhususan iaitu kewartawanan, pemujukan, serta filem dan penyiaran. 

Selain itu, para pelajar peringkat siswazah akan turut serta dalam mempamerkan kajian penyelidikan di peringkat sarjana. Hal ini secara tidak langsung memberi peluang kepada masyarakat, industri media dan para pelajar daripada Institusi Pengajian Tinggi yang lain untuk mengenali Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia dengan lebih dekat lagi.

IMPACT 2014 yang akan diadakan pada 23 – 25 Mei 2014 dengan tema “Evolusi & Tranfsormasi Komunikasi” akan mempertemukan para pelajar jurusan komunikasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). 

Pertemuan ini diharapkan mampu membuka ruang lingkup para pelajar jurusan Komunikasi dengan jaringan industri media dalam mengetengahkan bakat yang dimiliki, saling bertukar pandangan serta menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain. 

Aktiviti-aktiviti yang diatur diharapkan mampu mendekatkan para pelajar dengan masyarakat dan industri media. Melalui aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar Siswazah pula diharapkan mampu mempromosi program sarjana di Pusat Pengajian Komunikasi. Penglibatan dari IPTA/IPTS dijangkakan dapat dijadikan sebagai satu platform bagi pelajar berkongsi idea dan pendapat di antara satu sama lain.

Untuk Makluman Lanjut Sila Melayari Facebook Impact 2014:
https://www.facebook.com/Impact2014.USM


No comments:

Post a Comment