Monday

IMPACT 2014

IMPACT 2014 yang berlangsung selama 3 hari bermula 23 Mei 2014 hingga 25 Mei 2014 di Dewan Budaya, Permatang Pelajar, Dataran Bintang dan Palka Wacana Pusat Pengajian Komunikasi.

Syarahan umum perlantikan Profesor oleh Profesor Dr. Adnan Hussein akan berlangsung pada 23 Mei 2014 dan diteruskan dengan Memorandum Persetujuan (MOA) di antara Pusat Pengajian Komunikasi dengan Universitas Tarumanagara Indonesia, ASPIKOM Indonesia, Jinan University China dan Rajabath University Thailand bertempat di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia. Selain itu, IMPACT 2014 turut mengadakan Sesi Interaktif Bersama Personaliti Media, Tayangan Filem Ali Setan : Nostalgia Bersama USM, Sesi Bersama MACRI, Forum Interaksi Antara Industri dan Alumni, Diskusi bersama CEO IWK, Eksplorasi Mahasiswa Gemilang, Sesi pelajar siswazah dan kemuncak IMPACT 2014 berakhir di Malam Gala Komunikasi yang bertempat di Bayview Hotel, Georgetown.

Bersama-sama ini juga disertakan program IMPACT 2014.

Untuk Makluman Lanjut Sila Melayari Facebook Impact 2014: 

Teaser - Impact Week 2014



IMPACT 2014 yang akan diadakan pada 23 – 25 Mei 2014 
dengan tema “Evolusi & Tranfsormasi Komunikasi” akan 
mempertemukan para pelajar jurusan komunikasi di 
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

 5 hari lagi untuk IMPACT 2014 sama-sama kita menantikannya!
Selamat menyaksikan teaser Impact 2014!

KLIK LINK INI: 

Teaser - Impact 2014

Untuk Makluman Lanjut Sila Melayari Facebook Impact 2014: 
 


Pertandingan Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA)





IMPACT 2014 akan diadakan pada 23 – 25 Mei 2014 di Universiti Sains Malaysia dengan tema “Evolusi & Tranfsormasi Komunikasi”.

Sempena program ini berlangsung, Pertandingan Pesanan Khidmat Masyarakat telah diadakan. Penyertaann dari pelajar IPTA/IPTS adalah dialu-dlukan. 

Syarat penyertaan : 

1. Terbuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS di Malaysia.
2. Jangka masa PSA : Kategori TV 45 saat dan Kategori Radio 30 saat.
3. Boleh dihantar secara individu atau kumpulan.
4. Boleh menghantar lebih daripada satu karya dan penyertaan adalah percuma.
5. Bagi kategori TV, sarikata (subtitle) perlu disertakan sekiranya terdapat penggunaan bahasa selain daripada Bahasa Malaysia.
6. Peserta digalakkan menggunakan skor muzik asal. Sekiranya mengguna pakai skor muzik yang sedia ada di pasaran/ hak orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak-pihak yang berkenaan.
7. Hasil karya mestilah asli, tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan dan belum pernah disiarkan oleh mana-mana penerbitan.
8. Salinan DVD perlu dihantar untuk setiap penyertaan beserta tajuk dan skrip.
9. Karya yang dihantar akan menjadi hak milik penganjur.
10. Setiap penyertaan perlu disertakan dengan maklumat seperti nama penuh setiap ahli kumpulan, no kad pengenalan, no telefon, email, dan nama pusat pengajian/sekolah.
11. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.


Untuk maklumat lanjut :


Suria FM: http://www.suriafm.com.my/contest-promotions/impact-2014/
Red FM: http://www.red.fm/contest-promotions/impact-2014
Capital FM: http://www.capitalfm.com.my/contest-promotions/impact-2014/ 
988 FM: http://www.988.com.my/contest-promotions/20570/



FB : https://www.facebook.com/Impact2014.USM
Email : impact2014@outlook.my

Telefon : 012-5332809 - Rosamira Ahmad Razali

Explorace Impact 2014

Anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam 
Explorace sempena IMPACT 2014 
yang akan berlangsung pada Sabtu, 
24 Mei 2014, 
5pm - 6.30pm.

Hadiah MISTERI menanti anda ! 


 

Maklumat lanjut,sila hubungi kami ataupun melayari Facebook Impact 2014: 

Majlis Makan Malam Gala Komunikasi

Impact 2014 selama 3 hari, 23-25 MEI 2014.
Kemuncak Penutupan Impact 2014
Akan Diadakan Majlis Makan Malam Gala Komunikasi.
Ayuh Warga USM.Terbuka Kepada Semua.




Maklumat lanjut,sila hubungi kami ataupun melayari Facebook Impact 2014: 

Buletin Universiti Sains Malaysia -Edisi Mei 2013 - Impact 2013

Buletin Universiti Sains Malaysia -Edisi Mei 2013 tentang Impact 2013. 
Harap anda semua boleh mendapat gambaran tentang program Impact2014 
melalui tontonan video ini. 



Untuk Makluman Lanjut Sila Melayari Facebook Impact 2014: 

Thursday

HEBAHAN LANJUTAN TARIKH AKHIR PENGHANTARAN PENYERTAAN PERTANDINGAN

Kedua-dua pertandingan yang diadakan sempena IMPACT 2014 , iaitu Pertandingan Menulis Cerpen dan Pertandingan Pesanan Khidmat Masyarakat akan MELANJUTKAN tarikh akhir penghantaran penyertaan kepada 14 MEI 2014.

 Untuk Makluman Lanjut Sila Melayari Facebook Impact 2014: 
https://www.facebook.com/Impact2014.USM/posts/585548644886584