IMPACT (Immersion, Appreciation and Tribute Project) adalah projek
tahunan Pusat Pengajian Komunikasi bagi mengetengahkan hasil kerja para
pelajar daripada ketiga-tiga pengkhususan iaitu kewartawanan, pemujukan,
serta filem dan penyiaran.
Selain itu, para pelajar peringkat siswazah
akan turut serta dalam mempamerkan kajian penyelidikan di peringkat
sarjana. Hal ini secara tidak langsung memberi peluang kepada
masyarakat, industri media dan para pelajar daripada Institusi Pengajian
Tinggi yang lain untuk mengenali Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti
Sains Malaysia dengan lebih dekat lagi.
IMPACT 2014 yang akan diadakan pada 23 – 25 Mei 2014 dengan tema
“Evolusi & Tranfsormasi Komunikasi” akan mempertemukan para pelajar
jurusan komunikasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Pertemuan ini diharapkan mampu
membuka ruang lingkup para pelajar jurusan Komunikasi dengan jaringan
industri media dalam mengetengahkan bakat yang dimiliki, saling
bertukar pandangan serta menjalinkan hubungan yang baik antara satu
sama lain.
Aktiviti-aktiviti yang diatur diharapkan mampu mendekatkan
para pelajar dengan masyarakat dan industri media. Melalui aktiviti yang
dianjurkan oleh pelajar Siswazah pula diharapkan mampu mempromosi
program sarjana di Pusat Pengajian Komunikasi. Penglibatan dari
IPTA/IPTS dijangkakan dapat dijadikan sebagai satu platform bagi pelajar
berkongsi idea dan pendapat di antara satu sama lain.
Untuk Makluman Lanjut Sila Melayari Facebook Impact 2014:
https://www.facebook.com/Impact2014.USM
https://www.facebook.com/Impact2014.USM
No comments:
Post a Comment